MENU
 

APAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU

Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah di dalam kawasan Majlis Daerah Yong Peng.

 

SIAPAKAH YANG PATUT MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN

Semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua permis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Daerah Yong Peng.

 

MENGAPA PEMILIK HARTANAH DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membolehkan Majlis Daerah Yong Peng menyalurkan perkhidmatan seperti memunggut sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, perparitan, kemudahan awam, taman rekreasi dan sebagainya.

 

MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN

Bil-bil cukai taksiran dikeluarkan dua kali setahun iaitu untuk tempoh:-

  • Setengah Tahun Pertama 1 Sept – 28 Feb
  • Setengah Tahun Kedua 1 Mac - 31 Ogos

 

BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN

Pada atau sebelum tarikh seperti berikut:-

Tempoh
Tarikh Akhir
Penggal Pertama
sebelum akhir bulan Mac
Penggal Kedua
sebelum akhir bulan September