Pindah Milik

 

Cukai Taksiran

1. Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar bagi harta seperti berikut :
  • Harta Perniagaan (Kedai).
  • Harta Perindustrian (Kilang).
  • Harta Kediaman.
  • Harta Pertanian.
  • Harta Pembangunan.
2. Tempoh pembayaran Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun.
  • 1/2 tahun pertama - 1 Januari hingga 28 Februari.
  • 1/2 tahun kedua - 1 Julai hingga 30 Ogos.
3. Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,Kegagalan Membayar Cukai Taksiran dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan anda dikenakan denda lewat bayar kadar.

4. Sekiranya anda tidak menerima bil sila datang ke Majlis Daerah Yong Peng bagi mendapatkan bil terkini.

5. Untuk mengelakkan anda dari di denda sila jelaskan bayaran cukai taksiran sebelum 28 Februari bagi 1/2 tahun pertama dan sebelum 30 Ogos bagi 1/2 tahun kedua.

 

  Garis Panduan Pindah Milik Seksyen 160 - Borang I (Jual Beli Harta)

 

  Akta Kerajaan Tempatan 1976 - Borang J (Kematian)

Apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan, dijual atau dipindah milik maka adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindah milik dan pembeli atau penerima pindah milik dalam tempoh tiga bulan selepas jualan atau pindah milik itu memberi notis mengenainya kepada pihak berkuasa tempatan dengan mengisi Borang I (JualBeli Harta) atau Borang J (Kematian).

 

Nota :

Semua jadual di atas adalah dalam fail "Portable Document Format" (PDF). Untuk membaca dokumen-dokumen tersebut, anda memerlukan perisian Acrobat Reader, yang boleh didapati secara percuma dengan klik di sini :

 
  • book book book book book
 

Ikuti Kami di sini: facebook Twitter Mobile Web